background

Tuesday, May 17

Minyak Selusuh

Salam....

today nak citer pasal minyak selusuh.. he he actually my frenz "atun" dah remind awal2 suh g jumpa maknjang utk wat minyak ni untuk memudahkan proses bersalin...

so in the end petang td, me and my hubby pun menerjah ke rumah bidan kampung - maknjang biah dekat area KG JAWA,PERAI...

Hilang jugak backache stelah di urut MAKNJANG...dah boleh bangun pantas tanpa perlu take time like previous...Memang susah nak carik Tuk Bidan yang pandai bab mengandung dan bersalin ni...Terima Kasih maknjang.. memang mujarab sangat urutan kat pinggang td .. now I can really duduk and bangun macam biasa.. tak sakit lagi... dan jugak untuk minyak selusuh tu..

tp td terkejut gak coz maknjang kata usia kandunganku dah 8 bulan..maknjang kata...silap2 awal bulan 7 aku bersalin...so perlu siap sedia la..

Untuk yang tak tahu apa itu minyak selusuh, di bawah ini adalah Petikan Artikel dari Majalah Pa & Ma

Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut.

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan : " Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman."
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudah bersalin. Ingatlah bahawa ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat.



No comments:

Post a Comment

Komen Anda di sini....