background

Saturday, June 4

8 bulan kandunganku (32 minggu)~

alhamdulilah....kandungan ku dah msk 8 bulan atau 32 minggu...badan aku dah mula rasa berat. pinggang dah mula rasa sakit2..tapi syukur baby sihat..time cuti sek ni le rasa nk bermalas-malasan..tp apakan daya terpaksa gagah utk marking paper bdk2..tinggal 2 kelas je lg..ni pun puas nk membaca karangan yg entah apa2...

INFO 32 weeks

Minggu ke-32, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu 32

Jari tangan dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu pula dengan bulu mata, alis dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo yang menutupi tubuh bayi mulai rontok tetapi sebagian masih ada di bahu dan punggung saat dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm, kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik apabila di dilahirkan pada minggu ini.

Next Checkup Hari Rabu 08.06.2011...kali ni terpaksa le tumpang checkup di KLINIK KESIHATAN HILIRAN,Kuala Terengganu..


No comments:

Post a Comment

Komen Anda di sini....