background

Wednesday, July 13

Tanda Tanda Awal Hendak Bersalin

ALHAMDULILLAH..Saya sekarang hamil 37 minggu +++.. Kira anytime lah ni boleh bersalin.. :) Namun saya mengalami sedikit masalah dalam menentukan samada sakit2 yang saya alami sekarang ni adalah petanda yang sebenar untuk bersalin atau hanya isyarat awal sahaja. Dan saya pasti ramai ibu-ibu mengandung di luar sana terutamanya yang 1st time mengalami masalah yang sama dengan saya dalam mengenalpasti tanda2 awal bahawa mereka akan bersalin...

Berdasarkan pembacaan saya dalam banyak forum2 discussion dan juga artikel2 di internet, saya menyenaraikan beberapa petanda yang boleh dijadikan rujukan para ibu2 yang akan bersalin agar sedikit sebanyak dapat menyiapkan diri untuk menghadapi saat kelahiran.

Kontraksi/Contraction

Kontraksi adalah salah satu tanda awal yang menunjukkan bahawa si ibu sudah sampai masanya untuk bersalin. Namun, ramai dikalangan bakal ibu merasa confuse samada kontraksi yang mereka alami itu adalah kontraksi sebenar atau 'false alarm' atau Braxton Hikcs. Untuk lebih pasti samada kontraksi yang dirasakan itu adalah kontraksi sebenar ataupun Braxton Hicks, para ibu dicadangkan perhatikan masa dan tempoh kontraksi itu berlaku. Kontraksi yang sebenar akan berlaku secara konsisten tempohnya dan akan menjadi semakin kerap. Contohnya, pada peringkat permulaan, kontraksi akan berlaku setiap 10 minit sekali dan akan menjadi 7 minit sekali dan hinggalah 5 minit sekali dalam tempoh sejam. Selalunya setiap kali berlakunya kontraksi ini, ia akan berlaku selama 30-40 saat. Sekiranya perkara ini berlaku, segeralah pergi ke hospital dan dapatkan pemeriksaan dengan doktor anda.


Sakit Belakang

Sakit belakang juga adalah salah satu tanda bahawa saat kelahiran sudah semakin hampir. Namun, tanda ini juga boleh menjadi keraguan di kalangan para ibu kerana terdapat sesetengah ibu hamil yang merasa sakit belakang sejak awal kandungan atau bermula ketika perut semakin membesar. Ramai yang mengatakan bahawa sakit belakang saat hendak bersalin adalah seperti sakit ketika hendak period atau datang bulan, tetapi bagaimana pula kalau seseorang itu tidak pernah mengalami sakit pinggang ketika hendak period dulu? Sudah tentu akan menjadi masalah kan? Mengikut apa yang saya baca dalam banyak artikel atau forum2, para ibu yang sudah berpengalaman mengatakan sakit pinggang ni sakit sangat2 sampai rasa nak putus pinggang.. hmm.. tunggu jelah sampai rasa pinggang ni sakit sampai macam nak terputus.. :)


Pecah ketuban

Haaa... yang ni kalau berlaku, paling senang nak tahu bahawa kita dah semakin hampir nak bersalin. Namun, dalam banyak kes, ada yang tidak mengalami pecah air ketuban walaupun sehingga bukaan mereka dah sampai 5/6cm.. ada yang ketuban mereka dipecahkan oleh doktor. So, pada pendapat saya, kalau ada yang dah mengalami sakit perut atau sakit pinggang tapi xde air yang keluar lagi, pegi jelah jumpa doctor.. jangan tunggu sampai air ketuban pecah sebab mana tau memang takkan pecah ke kan..

Keluar Darah

Haaa... yang ni pun kalau berlaku, akan memudahkan bakal ibu untuk mengenalpasti tanda-tanda kelahiran. Selalunya darah akan keluar bersama cecair/lendir yang pekat. Kalau ada tanda ini, segeralah berjumpa dengan doctor. Orang kata kalau tanda keluar darah dulu, akan lebih sakit untuk bersalin berbanding kelaur air ketuban.. betulkah??? hmmm...

Pembukaan pintu rahim

Yang ni, hanya doctor/bidan/nurse je yang boleh check.. mereka akan memasukkan jari ke dalam faraj kita dan dari situ akan ditentukan dah berapa cm bukaan pintu rahim kita.. huhu.. dengar kata sakit sangat masa diseluk ni.. takuttt...

Oklah, kepada bakal-bakal ibu, saya mendoakan semoga semuanya selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat.. insyaAllah...

doakan sy semoga selamat Melahirkan...semoga dipermudahkan...


No comments:

Post a Comment

Komen Anda di sini....