background

Sunday, November 15

FATTILLAH: BERKAT KESABARAN

FATTILLAH: BERKAT KESABARAN

BERKAT KESABARAN

Dari awal pernikahan lagi, saya sudah menerima hakikat bahawa saya dan suami akan berpisah buat sementara waktu.Saya masih ingat, ketika usia perkahwinan kami baru menginjak 7 hari. Saya dan suami berjauhan buat pertama kali selepas bergelar suami isteri. Saya ditinggalkan bersama sahabat-sahabat di umah sewa, manakala suami terpaksa terbang jauh merentasi laut china selatan untuk ke SK LONG SAIT..

Saya akan ditinggalkan pergi dalam suasana masih berbulan madu. Mulut saya bagaikan berat untuk meluahkan apa yang terbuku.

“Abang tahu Ayg sedih, tapi inilah jalan perjuangan seorang isteri di sisi suami. Meniup semangat juangnya. Rela melepaskannya berpergian untuk menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Jangan sedih-sedih, cuti sekolah abg akan balik ye...,” nasihat suami.

Saya mengangkat kepala memandangnya. Saya tahu suami mahu saya mengerti. Sabda Rasulullah SAW yang menjadi motto perjuangannya kemas tersemat di dalam hati.

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." ( Hadis Riwayat Muslim )

Sedih hati untuk melepaskan abg pergi..tapi apa boleh buat,perjuangan untuk mendidik anak bangsa terletak di bahu abg.

Setiap kali cuti sekolah abg akan terbang pulang ke Pulau Pinang..kasihan abg..bersusah payah demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga..dari SK LONG SAIT abg akan menaiki sebuah perahu panjang selama 2 jam dengan kos tambang RM200.Selepas itu, abg akan menaiki kereta pacuan empat roda 4WD selama 8 jam untuk ke MIRI dengan kos tambang sebanyak rm150..abg terpaksa bermalam di hotel COSY-IN 1 malam seblm terbang dengan penerbangan AIRASIA pada pukul 10pg untuk sampai di LCCT...di LCCT abg akan menunggu flight seterusnya untuk terbang ke PENANG INTERNATIONAL AIRPORT...begitulah sushnya perjalanan abg untuk mendidik anak-anak PENAN di LONG SAIT.

Berkat kesabaran seorang isteri, akhirnya 6 NOVEMBER 2009 dapat tahu yg pertukaran abg ke PULAU PINANG diluluskan..alhamdulillah...syukur banyak2..

Sunday, November 8

SISTEM PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SECARA ONLINE

Semakan Status Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara
Negeri bagi Sekolah Rendah dan Menengah

No. KP : 831029115467
ABDUL FATTAH BIN ABDUL WAHAB
Bagi Sesi : DISEMBER 2009



TAHNIAH

Permohonan pertukaran ke Pulau Pinang diluluskan.
Surat kelulusan rasmi akan dihantar melalui Jabatan Pelajaran Negeri.
Sila pastikan anda telah menerima surat kelulusan pertukaran dari
Jabatan yang berkaitan sebelum melaporkan diri di sekolah baru.

Saturday, November 7


saat mendapat tahu yg suami dapat pindah..gembira xterkata sehingga tidak dapat diungkapkan dengan kata2.hanya tuhan saja yg tahu..senyuman seribu makna..

Doa Perpisahan



Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

ditukjukan khas buat my best friend "atun"

my best friend "atun"

hari ni gembira n happy sgt2..my husband dapat pindah ke pulau pinang..tp ada juga berita sedihnya, my best friend "atun" pun dapat pindah..atun dapat pindah ke perak.tp apa boleh buat,pertemuan dan perpisahan adat manusia biasa..bersyukur ke hadrat ilahi diatas jalinan yg suci,,semoga atun berbahagia di samping suami tersayang

ALHAMDULILLAH

alhamdulillah..berkat kesabaran seorang isteri,akhirnya 6 november 2009 dapat tahu juga yg husband dapat pindah..pertukaran ke pulau pinang diluluskan..happy sgt..syukur alhamdulillah