background

Sunday, November 15

FATTILLAH: BERKAT KESABARAN

FATTILLAH: BERKAT KESABARAN

BERKAT KESABARAN

Dari awal pernikahan lagi, saya sudah menerima hakikat bahawa saya dan suami akan berpisah buat sementara waktu.Saya masih ingat, ketika usia perkahwinan kami baru menginjak 7 hari. Saya dan suami berjauhan buat pertama kali selepas bergelar suami isteri. Saya ditinggalkan bersama sahabat-sahabat di umah sewa, manakala suami terpaksa terbang jauh merentasi laut china selatan untuk ke SK LONG SAIT..

Saya akan ditinggalkan pergi dalam suasana masih berbulan madu. Mulut saya bagaikan berat untuk meluahkan apa yang terbuku.

“Abang tahu Ayg sedih, tapi inilah jalan perjuangan seorang isteri di sisi suami. Meniup semangat juangnya. Rela melepaskannya berpergian untuk menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa. Jangan sedih-sedih, cuti sekolah abg akan balik ye...,” nasihat suami.

Saya mengangkat kepala memandangnya. Saya tahu suami mahu saya mengerti. Sabda Rasulullah SAW yang menjadi motto perjuangannya kemas tersemat di dalam hati.

"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." ( Hadis Riwayat Muslim )

Sedih hati untuk melepaskan abg pergi..tapi apa boleh buat,perjuangan untuk mendidik anak bangsa terletak di bahu abg.

Setiap kali cuti sekolah abg akan terbang pulang ke Pulau Pinang..kasihan abg..bersusah payah demi mencari rezeki untuk kami sekeluarga..dari SK LONG SAIT abg akan menaiki sebuah perahu panjang selama 2 jam dengan kos tambang RM200.Selepas itu, abg akan menaiki kereta pacuan empat roda 4WD selama 8 jam untuk ke MIRI dengan kos tambang sebanyak rm150..abg terpaksa bermalam di hotel COSY-IN 1 malam seblm terbang dengan penerbangan AIRASIA pada pukul 10pg untuk sampai di LCCT...di LCCT abg akan menunggu flight seterusnya untuk terbang ke PENANG INTERNATIONAL AIRPORT...begitulah sushnya perjalanan abg untuk mendidik anak-anak PENAN di LONG SAIT.

Berkat kesabaran seorang isteri, akhirnya 6 NOVEMBER 2009 dapat tahu yg pertukaran abg ke PULAU PINANG diluluskan..alhamdulillah...syukur banyak2..