background

Tuesday, June 28

35 minggu kandunganku

sudah 35 minggu 2 hari usia kehamilan...apa yang saya rasa setakat ini???? :-

<3 bila malam terasa panas sgt2..panas dan berpeluh...dah mandi malam pun berpeluh je lagi..kipas on dah laju dah..~ sampai kadang2 tidur pun tak nak pakai baju...jangan pikir lebih2 ye..selimut rasa tidak diperlukan..kaki memang tak bertutup la.sebab panas..hehe..

<3 perut terasa makin tegang..masa tido nk mengiring n alih arah tido pun rasa susah.. <3 terasa sakit di bahagain bawah pelvik.~ macam bila bangun berjalan rasa cam sengal2 aje kt pundi kencing..tapi belum rasa ringan lagi perut..orang kata if terasa ringan mean baby dah memang dalam laluan..sy masih belum 9 bulan kot..so belum terasa ringan lagi perut tu..

<3 pernafasan sedikit terganggu..nak bernafas rasa sukar skit terutama time mlm...nk tido aje pasti cari Vicks sapu dulu kat hidung...

<3 kaki memang dah kembang.sandle tak muat..tapi pakai je..nak beli len nnt lepas beranak kecut kaki ni..tak best plak pakai sandle besar2..hubby kata lps brsalin la beli kasut baru...

ini semua pengalaman saya...sebab masing2 ada pengalaman mengandung tersendiri kan..tak sama setiap individu.


Tanda2 Hampir Bersalin

Bayi Turun Ke Bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
sakit perut, memulas
kerap buang air besar
kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.


Sunday, June 26

Abah Yang Excited & Belly at 35 Weeks

Harini kandungan saya dah berusia 35 minggu. Alhamdulillah :)


sumber: baby centre(klik untuk info lanjut)

~Minggu ke-35, akan berlaku perubahan pada diri puan. Puan akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Puan perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.~


Pagi tadi bgtau my hubby, "Abang, harini dah 35 weeks!"

"Baby dah beshar!!" katanya excited sambil pegang dan kiss kiss perut saya...

abah tinggal 2 hari je baby dah besar ye...

kelmarin ummi n baby kena tinggal ngan abah...abah ikut rombongan sekolahnya ke

Cameran Highlands..tp jutaan terima kasih wat mak,ayah,adik imah, adik na n nurin

yang sanggup 2 mlm tido kat Penang utk temankan saya sepanjang ketiadaan

suami...mak bukannya apa,risau takut anaknya sakit sorang2..

tp alhamdulillah,my hubby selamat smpi ke rumah tepat jam 7.30 mlm...

TQ abah coz belikan strawberi coklat,strawberi fresh n strawberi kering wat ummi n

baby....yg plg spesial....TQ coz belikan "something special"...i like it...


35 Weeks Belly

sedar xsedar kejap je masa berlalu...minggu dpn cukup 9 bulan kandungan...so kena

siap sedia...29hbln ni kena check up kat Klinik Kesihatan Perai..





Tuesday, June 14

Kehadiran yang amat berharga

hari ni Sedar tak sedar,kandungan dah masuk 8bulan lebih...sekejap aje rasanye..moga rezeki ini berkekalan Ya Allah...aminn...

kesihatan masih lg baik..tp skrg kat sekolah dah xbrp nk aktif bergerak..naik tangga pun slow2 je coz baby dah kat bawah..almaklumla dah 8 bulan lebih...tp ummi n abah baby smpt lg p kenduri kendara masa cuti sekolah baru ni...

Abah n ummi baby smpt lg berposing atas pelamin..ni masa g kenduri mizi kat Pendang

pregnant

Sunday, June 12

33 minggu (About 50 days to go)


 KandungankU sudah berada dalam minggu ke-33 . Lagi 3 minggu ke 36 (9 bulan)dan seterusnya menghitung untuk cukup hari.

Alhamdulillah kesihatan baik, cuma letih tu biasalah...kaki kebas2 je rasa.. Baby dalan perut ni pun bukan main kuat tendangannya. Terutama waktu malam, tengah kita nyenyak tidur. Masa tu la dia aktif ‘main bola’. Main bola sepak ye, bukan bola jaring…sebab baby ni insyaAllah, boy…(menurut apa yang doctor ‘nampak’ masa scan). Saya dan my hubby tak kisah, tapi kalau boy excited lebih sikit la my hubby.


Preparation… boleh dikatakan hampir lengkap...Barut dan cadar tilam baby mak yg jahit,..TQ MUMMY


beg yang nk di bawak ke hospital dah siap masuk dalam bonet kereta...bukannya apa, kalau emergency senang my hubby terus pecut ke hospital..xyah kelam kabut nk ambik beg..


Terasa berdebar pulak menanti kelahiran baby ni..Doa-doakan moga saya dipermudahkan ketika bersalin kelak..


“LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya’)

Add caption

Saturday, June 4

8 bulan kandunganku (32 minggu)~

alhamdulilah....kandungan ku dah msk 8 bulan atau 32 minggu...badan aku dah mula rasa berat. pinggang dah mula rasa sakit2..tapi syukur baby sihat..time cuti sek ni le rasa nk bermalas-malasan..tp apakan daya terpaksa gagah utk marking paper bdk2..tinggal 2 kelas je lg..ni pun puas nk membaca karangan yg entah apa2...

INFO 32 weeks

Minggu ke-32, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya, puan-puan tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu 32

Jari tangan dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu pula dengan bulu mata, alis dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo yang menutupi tubuh bayi mulai rontok tetapi sebagian masih ada di bahu dan punggung saat dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm, kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik apabila di dilahirkan pada minggu ini.

Next Checkup Hari Rabu 08.06.2011...kali ni terpaksa le tumpang checkup di KLINIK KESIHATAN HILIRAN,Kuala Terengganu..