background

Tuesday, May 24

Me in 30 Weeks 1days.. what happened to me??

Jam dh pukul 12.30mlm tp aku tak bleh lelap plak.. ape lg aku ngadap ler laptop nie.. hi..syg dlm perut ummi nie pun tak tido yer... nak temankan ummi yer... Abah plak baru blk main badminton.. cnfirm tido lewat... Sekarang aku dh 30minggu meaning that dh 7bulan 2mggu.. X sabarla nk tunggu baby nie.. Anak ummi ni ikut muka abah ke ummi ek?? hehe.. mana2 pun ok.. asalkan anak ummi sihat sempurna semuanya.. meniti hari2 hingga saat kelahiran nie membuatkan aku jd semakin matang n banyak berfikir ttg masa dpan..takut pun ada,berdebar pun ada...
Tapi bila melihat muka hubby ku..rasa bersyukur sngt2 kerana Tuhan pertemukan aku dengannya..sweet memory UMS-KAL.. Dia memang seorg yg caring, loving, penyabar n dia segala2nya bg aku... mahu taknya.. klu dia tengok aku penat, dia akan suruh aku rehat,xpyh masak...mlm kelmarin hubby yg masakkan nasi goreng n cuci pinggan.. tak banyak songeh plak tue..TQVM to my hubby..


ni aku tak dpt aku bygkan bulan posa plak aku bersalin.. my hubby mesti posa sorang2..mkn sorang2.. huhu.. kesianla...waaaa..aku ni dh la sentimetal sket.. klula hubby aku ngajar kt Pendang..blehla dia mkn ngn aku n family kt umah.. walaupun aku tak dpt posa... yela ..at leAST ader la teman.. huhu...
skg nie lebey kurang tinggal 70hari lg aku nk bersalin... due 1/8/11..tp mybe awl doktor kata...silap2 bln 7 aku dah bersalin... pejam celik dh 7bulan.. mcm tak caye jer.. tp bila aku tengok jer gmbr2 bby yg baru lahir ... hati aku ni tak sabar2 rasanye.. hubby pun dh start panggil nama dia... yg bestnyer..tiap kali hubby touch..mesti dia response.. tu yg buatkan hubby nie suka gosok n pegang perut aku nie..


My hubby nie dh tak sabar nk tunggu baby...so am I... bby.. ummi and abah syg sngt kt bby.. Ummah!!!! buat my hubby.. thnks for everything and i do love you so much!!! Thank you for loving me.. Semoga dgn kehadiran permata hati kita nie.. akan mengeratkan lg kasih syg abg pd diri ini n harap usia perkahwinan kita kekal selamanya... Amin...






Wednesday, May 18

Anugerah Terindah Yg Kumiliki

~ Sehingga hari ne kandungan aku telah pun memasuki trimester ketiga iaitu 29 minggu..Alhamdulillah..selama mengandung semuanya berjalan lancar..dgn izin Allah SWT..sekarang ne aku perlu prepare mental & fizikal utk mengharungi detik2 kelahiran babyku ne..Semoga semuanya mudah bagiku..aminn..

~ Barangan baby pun hampir 80% lengkap..tggl tilam & barut je yg blm siap..yg lain sudah pun lengkap..perutku pun membesar dgn baik..aku hrp2 baby didlm perutku ne membesar dgn baik dan sihat..


Doa bagi ibu sedang mengandung :

“Ya Allah, lindungilah anakku selama dalam kandunganku.
Ya Allah berilah ia kesembuhan yang sempurna, yang tidak meninggalkan sedikitpun penyakit.
Engkaulah Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali dariMu ya Allah.
Ya Rabb, berilah anak dalam kandunganku, wajah yang rupawan dan teguhkanlah hatinya dalam iman kepadaMu dan RasulMu.
Ya Salam keluarkanlah anakku dari kandunganku sewaktu persalinanku dengan mudah dan selamat.
Ya Hakim, jadikanlah ia anak yang sholeh, sempurna, pandai, cerdas, banyak amal dan pintar.
Ya Rahman, panjangkanlah umurnya, sempurnakanlah badannya, berilah keindahan pada fisik dan tindakannya serta sempurnakan rizkinya,
jadikanlah lidahnya lancar berbicara, berilah kepadanya suara yang indah untuk membaca Alqur’an dan hadits,
dengan berkah Nabi Muhammad SAW.”
Amin… Ya Rabbal Alamin…



~ Akhir sekali doakanlah aku melahirkan baby aku ne dgn selamat..Aminn...

About 76 days to go

I am currently 29 weeks pregnant, meaning that it's only about 11 more weeks before my due date. Yikes! scarry! I'm getting bigger and bigger,and more breathless all the time :) but I'm enjoying all the tiny kicks in my belly. Our baby seems to be more and more active nowadays, and Alhamdulillah everything's is ok..


We had another baby check up last wednesday at Klinik Kesihatan Perai, and Alhamdulillah the baby looked fine...


All in all, insya Allah it's for the best. Maybe Allah wants me to have good baby,(ank ummi ni bagus ni..xbyk ragam..:)) who is 7 months old now. Baby's kicking hard nowadays,




Tuesday, May 17

Minyak Selusuh

Salam....

today nak citer pasal minyak selusuh.. he he actually my frenz "atun" dah remind awal2 suh g jumpa maknjang utk wat minyak ni untuk memudahkan proses bersalin...

so in the end petang td, me and my hubby pun menerjah ke rumah bidan kampung - maknjang biah dekat area KG JAWA,PERAI...

Hilang jugak backache stelah di urut MAKNJANG...dah boleh bangun pantas tanpa perlu take time like previous...Memang susah nak carik Tuk Bidan yang pandai bab mengandung dan bersalin ni...Terima Kasih maknjang.. memang mujarab sangat urutan kat pinggang td .. now I can really duduk and bangun macam biasa.. tak sakit lagi... dan jugak untuk minyak selusuh tu..

tp td terkejut gak coz maknjang kata usia kandunganku dah 8 bulan..maknjang kata...silap2 awal bulan 7 aku bersalin...so perlu siap sedia la..

Untuk yang tak tahu apa itu minyak selusuh, di bawah ini adalah Petikan Artikel dari Majalah Pa & Ma

Air selusuh digunakan sebagai SUATU IKHTIAR yang berpandukan Al-Quran dan Hadis. Dari segi hukum Islam, air selusuh adalah HARUS. Asalkan tidak bercanggah dgn Islam iaitu bacaan yang mengandungi jampi yang karut.

Di dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan : " Kami turunkan sebahagian ayat-ayat Al-Quran adalah untuk digunakan sebagai penawar dan pembawa rahmat kepada orang2 yang beriman."
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menganggap selusuh mempunyai kuasa untuk mempermudah bersalin. Ingatlah bahawa ia hanyalah ikhtiar yang diharapkan dapat membantu proses kelahiran yang lancar dan selamat.



Saturday, May 14

SELAMAT HARI GURU

Diucapkan selamat hari guru kepada semua insan yang bergelar guru. Terima kasih buat guru-guruku yang telah mengajar dan mendidikku dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Tidak lupakan ku ucapkan Selamat Hari Guru buat suamiku n rakan-rakan yang bergelar pendidik..

“GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA“




Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia,
Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan memimpin,
Putera-puteri negara kita.

Pada Seri Paduka,
Kami tumpahkan setia,
Rukunegara kita,
Panduan hidup kami semua.

Di bidang pembangunan,
Kami tetap bersama,
Membantu membina,
Negara yang tercinta,
Amanah yang diberi,
Kami tak pesiakan,
Apa yang kami janji,
Tunai, tetap kami tunaikan.


Ikrar Guru Malaysia
IKRAR GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukunegara
Pada setiap masa

---------------------------------------------------------------------

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Monday, May 9

Modul Pmr n SPM

Minggu ni sibuk siapkan Modul BM utk PMR n SPM..Guru Kanan nk sbm cuti pertengahan tahun...byk benda yg perlu disiapkan..

2,3 hari ni blk je sek on terus laptop ni dan terus smbung wat modul...smpi tetiba je mlm ni terasa jauh ngan my hubby,...

kul 7pg-3ptg p sek...blk sek on laptop siapkan modul....rest kejap...

kul 8.15mlm-9.45mlm g kls tuisyen...

tiba-tiba mlm ni terasa mcm nk stop je tuisyen coz masa terlalu padat...tp badan sihat n mampu bergerak ke sana sini lg...baby pun makin bergerak aktif...sian kat baby ummi ni busy sungguh skrg ni..

to my hubby:-

tq very much coz memahami isterimu yg busy ni...

lg 2 minggu je sek nk cuti....nnt kita pegi bercuti ye...

28 minggu

Dah masuk hujung trimester ke 2. Alhamdullilah...
dIRIkU semakin OK, baby pun OK2 jugak..

Minggu ke 28, baby dah pandai bermimpi tau.. tak tahu la aper yg dimimpikannya! Mimpi abah n ummi kot! hehe...

Perut semakin membesar, sbb baby pun dah memanjang.. mungkin baby dah 1kg lebih sekrg ni... minggu ni kena g checkup kat Klinik Perai..11/5/2011.

Perkara yang membimbangkan klu dah 7 bulan ni, klu2 baby tetiba tak sabar nak berjumpa ngn abah n ummi... Jika baby lahir time skrg ni, baby dapat bernafas tapi dengan susah payah, dapat menangis tapi lemah..kesian kat baby, kang kena duduk kat dlm kotak tu..

Baby sabar2 yer syg.....