background

Monday, April 25

Oreo Manggo Cheesecake

mlm ni wat lg satu resipi..resipi ni atas permintaan my hubby sendiri..nk makan cheesecake..so ptg td g beli brg kat pacific n blk umah terus buat..

Bahan-bahannya:

• 80g biskut Oreo atau apa-apa biskut yg sesuai
• 40g butter
• 250g cream cheese
• 30g gula halus
• 4 sudu kecil madu
• 60g plain yogurt
• 70g fresh milk
• 12g gelatin - cairkan dengan air suam
• 4 sudu jus lemon
• 6 sudu besar kordial Manggo
• 70g Mix Fruit

Cara-cara membuatnya:

1.Masukkan biskut Oreo ke dalam beg plastik. Ketuk-ketuk biar hancur.


2.Masukkan butter ke dalam beg plastik tadi. Ramas-ramas dengan biskut biar sebati.
3.Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biskut biar padat. Loyang yang digunakan mesti yg boleh dicabut pada bahagian bawah. Kemudian simpan dalam peti ais sehingga hendak digunakan
4.Dalam mangkuk lain, cairkan cream cheese dengan meletakkan mangkuk yg ada cream ni ke dalam air panas( beralaskan air panas) Kemudian masukkan gula, madu dan jus lemon  ke dalam cream cheese. Kacau biar sebati.
5.Masukkan pula yogurt dan susu ke dalam mangkuk di langkah ke 4. Kacau biar sebati. Pastu masukkan gelatin. Kacau lagi.
6.Ambik 1/4 dari adunan. Campurkan dengan 6 sudu kordial manggo. Kacau rata
7.Kemudian masukkan 1/4 adunan tersebut ke dalam adunan selebihnya. Kacau perlahan biar jadi bentuk mable
8.Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang yg ada biskut tadi.Masukkan pula adunan yg selebihnya dan tuangkan dengan dua camca kordial mangg0 di atas adunan .
9.Taburkan pula dengan mix fruit.
10.Simpan dalam peti ais sehingga beku

Inilah rupanya cheesecake yang telah siap...xsempat nk ambik foto my hubby dah potong n makan dulu..so mcmni le rupa OREO MANGGO CHEESECAKE....



Sunday, April 24

Hobi baruku

sejak 2 menjak ni xtahu le kenapa dah xsuka ngan facebook...hobi telah bertukar..dulu hari2 bleh dikatakan selalu update status kat facebook..tp skrg ni rasa mcm dah boring ngan facebook..so bertukar arah plak ke blog..tp sy ni bukannya pandai sgt ngan blog ni..tp atas minat utk online ni so belajar2 le pelan2..sampai my hubby pun kata..hmmmm...xabis2 ngan blog...:)
mlm ni try le bt header utk blog,,,inilah hasilnya...


Hari Minggu

minggu ni xblk kg..so plan ngan my hubby nk jln2 makan angin hari ni...smlm dah p shopping kat Krico Bukit Minyak..pasaraya tu skrg tgh bt Jualan Tutup/Closing Sales...so byk la brg2 yg dilelong...lps ni Krico ni nk ditutup akan diambil alih oleh company lain..so kat mana ye nk g jln2 hari ni???





Thursday, April 21

Triffles Puding

Hari ni nk dok cari2 nk masak puding..last2 jupa la satu resipi kat blog..so apa lg..bahan2 semua dah ada...so try le bt resipi Triffles Puding..leh kongsi kan resipi kat blog ni..

Bahan-bahannya:
1 gulung swiss roll (beli kat tesco smlm)

1 tin buah-buahan campuran (fruit cocktail)

1 kotak agar-agar Nona (ikut suka perasa apa) + 2 cawan air

1 tin susu cair Ideal + 1 tin air (guna tin susu Ideal) + 5 sudu besar tepung custard + 4 sudu gula (ikut suka - suka manis, letak lebih, tak suka, kurangkan)

Cara :

1. Potong swiss roll dan atur dalam mangkuk. Tapiskan buah dalam tin, buah di simpan dan airnya di
    renjiskan pada kek.
potong swiss roll n aturkan dlm magkuk
2. Masukkan susu, tepung kastad yg dicampur dengan 1 tin air dalam periuk, jerang dan kacau sentiasa
    hingga masak.
masak tepung kastard bersama susu cair+air+castard
3.  Tuangkan pada kek.

tuangkan bahan2 yg dimasak ke atas kek
4. Didihkan 2 cawan air, mendidih, masukkan agar-agar. Kacau rata dan tutup api. Tuangkan pada kek dan
    taburkan fruit cocktail
tuangkan agar2 n masukkan fruit cocktail
5. Siap ! Sedap dimakan selepas disejukkan semalaman.

siap!!!masukkan ke dlm peti sejuk



Best regards,

Cheesecake non-baked


Bahan-bahan ( 5org )

  • 24 kpg biskut (tanpa krim kat tengah)
  • 50g non-salt butter (dicairkan)
  • 200g blueberry (dlm tin pon bole)
  • bhn A: 30g gula, 2 sudu teh perahan lemon, 1/4 cwn air
  • 120g creamcheese
  • 30g gula halus
  • 70cc (atau ml) plain yogurt
  • bhn B: 2 sudu teh serbuk gelatin dan 2 sudu besar air
  • air perahan lemon 

Cara-cara
 
  1. Img_0195
    biskut yang telah dihancurkan
    biskut dihancurkn. Kalo mahu mudah boleh guna pengisar. Kemudian masukkan non-salt butter yg telah dicairkan kedlm biskut yg telah hancur tadi.
  2. Img_0196
    biskut digaul bersama butter
    gaul rata biskut dan butter.Pindahkn ke dlm acuan kek. Tekan dgn tapak tgn supaya biskut td rata ke seluruh bekas. Tutup dgn wrapping paper dan masukkan dlm peti ais(bukan yg sejuk beku).
  3. Img_0197
    campuran bahan A
    • bhn A: 30g gula, 2 sudu teh perahan lemon, 1/4 cwn air
    • 120g creamcheese
    • 30g gula halus
    • 70cc (atau ml) plain yogurt



    Bhn A dimasukkan kedlm periuk dan dipanaskn sebentar.Seelok2 nya sampai pekat sikit. Setelah itu dibiarkn sejuk.
  4. bhn B: gelatin dicairkn dlm air. Ketepikan.
  5. Img_0198
    campuran gula halus dgn cream cheese
    dlm bekas yg lain, campurkn gula halus dgn cream cheese. pukul sampai lembut.
  6. Img_0199
    masukkan yogurt
    masukkan yogurt. Kacau rata.
  7. Img_0200
    masukkan blueberry
    1/3 blueberry yg telah disediakan pd awal td dimasukkn dlm adunan. kacau rata. Kemudian masukkn separuh dr gelatin yg telah larut td. (jika gelatin berketul, panaskn dlm 1minit dlm oven) .Rasa sedikit bancuhan.Kalau perlu nk tambah jus lemon pon ok.
  8. Img_0201
    masukkan dlm peti sejuk
    curahkn adunan dlm bekas yg berisi biskut td.bekukan dlm peti ais( tempat sejuk beku). Bila dh beku, ikut step seterusnya.
  9. Img_0204
    masukkan balki blueberry
    baki blueberry dicampurkn dgn baki gelatin, kacau rata. Tuangkn diatas lapisan pertama yg dh beku td.
  10. lepas diratakn keseluruh bekas, sejuk beku kn sampai la kek ni betul2 keras. Lepas tu boleh la dimkn masa sejuk2.
  11. tips: ms nk kuarkn kek ni dr bekas kdg2 susah skit. Kalo nk senang, tekapkn bekas kek dgn kain(atau tuala kecil) basah yg telah dipanaskn dlm oven sebentar. Kemudian baru keluarkn kek.

Wednesday, April 20

Klinik Kesihatan Perai

hari ni 19/4/2011 merupakan tarikh temujanji ngan misi Klinik Kesihatan Perai..kul 2tgh tunggu my hubby blk sek n terus kitorang g klinik..sampai je kat klinik tgk ramai le juga org..giliran hari ni 1038...no yg dah masuk dlm bilik misi 1033..so xle lama sgt nk menunggu..kul 2.35ptg tiba giliranku..so kena la naik ats penimbang utk timbang berat...alhamdulillah..berat badanku 62.3kg..bln lps 60.3kg..misi kata ok la coz naik 2kg dlm masa sebulan..misi pun terang le serba sedikit pasal berat ni..dia kata utk 6 bulan ke atas berat kena naik 0.5kg/seminggu..so klu sebln means 2kg la..
Syukur sgt2 coz misi kata semuanya ok..berat ok..Hb 11.5..baby pun gerak aktif...sepatutnya hari ni kena cucuk utk kancing gigi..misi tanya nk cucuk hari ni ke next visit..so apa lg...i pun jwb...next time le misi...hehehe...11/5/2011 plak aku kena p klinik utk scan baby n cucuk kancung gigi...11/5 tu baby genap 7 bln @ 28 minggu..misi bagitau lps 28 minggu nnt kena mai klinik 2 minggu sekali..aduhhhhhh...tp xpe la..demi org tersayang tiap2 hari pun xpe..hahahaa



Tuesday, April 19

Ayam Masak Lemak Cili Padi

hari ni xtahu nk masak pa utk my hubby..asyik bt ayam masak merah je...last2 dpt idea nk bt ayam masak lemak cili padi ...so kat sini kongsi resipi ngan kwn2..
 
Bahan-bahan :-

Ayam-4 ketul dibersihkan
bawang besar 1 biji
kunyit hidup sebesar ibu jari
halia separuh ibu jari
bawang putih 2 ulas
cili padi 5 biji-ikut le nak pedas camne kan
santan 1 cawan
asam keping 1
carrot,@ tomato
garam secukup rasa
Serai 2 btg
Akhir skali letak daun kunyit
 
Cara2:-

Blendkan bawang besar,bawang putih,cili padi,halia,serai,kunyit hidup
Panaskan minyak sket jer ...tumis bahan2 blender > masukkan ayam terus>
Masukkan kiub ayam
Masukkan asam keping
Masukkan Santan+ Tomato + Daun Kunyit
Masukkan Garam ...
 
Siap menu utk hari ni...

Monday, April 18

Usia Kandungan 25 Minggu


Assalamualaikum & Salam Mesra...

Esk 19 APRIL 2011 kena g checkup kat Klinik Kesihatan Perai dan hari ni genap usia kandunganku 25 minggu 1 hari, Alhamdulillah setakat ni xde apa2 masalah..baby pun makin aktif bergerak....
Ni sedikit info bila usia kandungan masuk 25 minggu.

 Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25 dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher, dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm
 
Ok thats all.. jumpa next entri erk..


Thursday, April 14

Doa Semasa Hamil dan Amalan Semasa Mengandung


surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
Doa semasa hamil 

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


Monday, April 11

24 MINGGU


Alhamdulillah..usia kandunganku kini genap 6 bulan...
subhanallah...subhanallah...
alhamdulillah...alhamdulilah...
tak henti-henti hati ini bertasbih memuji kebesaran Allah...
Semoga bayi yang ada dalam kandunganku saat ini dapat lahir dengan selamat dan sihat... serta kelak dapat menjadi anak yang soleh.. berguna bagi dirinya dan agamanya...amin...

Friday, April 8

LAWATAN KE RUMAH P.RAMLEE

smlm 7/4/2011 me ikut my hubby ke AUDITORIUM PYRAMID utk taklimat FESTIVAL BORIA 1 MALAYSIA...pasukan boria SK PERMAI INDAH antara 10 sekolah terbaik yang terpilih ke peringkat akhir FESTIVAL BORIA 1 MALAYSIA yang akan diadakan pada 27-30 APRIL 2011..tahniah diucapkan...hadiah lumayan menanti para pemenang..
Selepas selesai taklimat kitorang pun menuju ke kereta utk nk blk umah...bila tgk kat kiri auditorium tu ternampak la signboard RUMAH KELAHIRAN P.RAMLEE...me pun apa lagi.."bang,jom kita p melawat rumah P.RAMLEE"...."

jommmmmmmmm..."my hubby bersetuju..so sempat la berposing kejap kat rumah P.RAMLEE..
sempat juga berposing ...nnt baby dah bsr bleh tunjuk gambar ni kat baby..ummi dah bw baby mai umah P.RAMLEE



Monday, April 4

Senarai Barang Asas Sambut Baby Pertama

smlm g shopping kat Pacific Megamall with my hubby...usia kandunganku dah nk msk 6 bulan...so hubby kata dah bleh beli skit2 barang baby..so aku wat le list barang2 yg perlu dibeli.

Berikut adalah senarai barang yang amat diperlukan oleh seoang bayi yang baru lahir.
  1. Baju Lengan Panjang 100% cotton (5)
  2. Baju Lengan Pendek 100% cotton (5)
  3. Singlet Bayi 100 % cotton (2)
  4. Selimut Bertopi (1)
  5. Selimut Tanpa Topi (2)
  6. Kain Lampin (1 set)
  7. Topi Bayi (1)
  8. Sarung Kaki & Tangan (5 pasang)
  9. Tuala Mandi Bayi (2)
  10. Lapik Plastik Untuk Menukar Baju/Diapers(Plastic Changing Mat) (1)
  11. Baby Wet Wipes Pek Besar 
  12. Bedak Bayi (biasa)
  13. Besen Mandian Bayi
  14. Shampoo Bayi - Mula-mula beli yang kecil takut-bayi tak serasi
  15. Putik Kapas untuk mencuci kotoran di pusat bayi
  16. Botol Susu kecil
  17. Berus Botol
  18. Susu Formula utk Bayi Baru Lahir (Jika bayi sukar minum Susu Ibu) - Pek Kecil
  19. Bag bayi
  20. Breast Pump (Optional)
  21. Barut (6)
  22.  Diapers / Jenis Lampin Pakai Buang Saiz NEWBORN atau XS
  23. Thermos air panas
  24. Kelambu ala-tudung saji
hampir 2 jam lebih shopping brg baby smlm..blk umah try le check bil n brg2 yg dibeli...rupa2nya ada barang yg cashier tu xmskkan dlm beg...tp nasib le xbyr...hubby kata klu kita bayar dia masukkan barang cnfirm dia p blk pacific..
SETAKAT YG DAH DISEMAK list no.1 hingga 15 dah dibeli..so tinggal list no.16 hingga no.24 hubby kata nnt shopping kat kedai ANAKKU Seberang Jaya plak..
BYK juga hbs smlm mau dkt rm300 lebih...tp hubby kata xpe demi kehadiran org baru..list yg aku bt ni xtermasuk katil baby n troller baby...yg tu xpe nnt abah dia nk beli khas utk baby...

 xsabar menunggu kelahiran org baru dlm hidup..hadirmu menjadi pelengkap hidup abah n ummi...

                                                             







Saturday, April 2

23 MINGGU KEHAMILAN


Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik.

Selain kemajuan-kemajuan dalam pendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan.

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus.

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya "tenggelam", sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan.

22 minggu KEHAMILAN


Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan