background

Thursday, January 27

kringggggggg...TELEFON BERBUNYI...

tengah sedap je aku dok tidur kelmarin tiba2 teponku berbunyi...aku pun apa lg..tgk2 dr Pejabat Pelajaran Daerah @PPD...terus dijawab panggilan tersebut..rupa2nya en,shuhada,pegawai PPD Tengah..
dalam fikiranku terbayang GSTT...tepat sekali jangkaanku..en.shuhada suruh aku segera ke PPD untuk ambik surat penempatan sebagai guru ganti di SMK ALMA..
ALHAMDULILLAH..SYUKUR PADAMU YA ALLAH...
Berkat kesabaranku menunggu...akhirnya aku dpt juga sambung kontrak sebagai seorang guru...aku ditempatkan di SMK ALMA..
Dan yang paling bestnya ialah sek baruku ni satu jln ngan sekolah my hubby..so apa lg...kitorang pegi keja ngan sebuah keta je la...kesian VIVA dah lama xbergerak...best tau dpt p keja ada org htr n ada org ambik...walaupun bleh drive sendiri tp best lg dok sebelah my hubby...TQ VERY MUCH my hubby....
mungkin ini semua ketentuan TUHAN yang memudahkan urusanku...syukur sgt2 dpt sek ni,.tambah2 sejak berbadan dua ni,rasa happy bila dapat smbung kontrak ngajar,dapat plak sekolah dkt ngan hubby..ni semua rezeki Baby n rezeki tahun 2011...

Sunday, January 23

Kontrak GSTT disambung semula

Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata bagi 578 guru GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun.

Katanya, guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut.

Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).

“Kita akan panggil kembali (guru GSTT) untuk ditempatkan semula di sekolah yang ada kekurangan guru. Jika sekolah mereka (mengajar) sebelum ini sudah dipenuhi guru terlatih, maka guru GSTT ini akan ditempatkan di sekolah lain.

“Daripada 1,614 guru GSTT berkenaan 388 akan ditempatkan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kedudukan guru GSTT di Sabah pula kita akan kaji, kerana ada juga guru GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, guru GSTT yang ditamatkan kontrak oleh Kementerian Pelajaran merayu supaya kontrak mereka dilanjutkan semula selain berharap dapat diserap sebagai guru tetap.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata kementerian perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai guru GSTT sebagai guru tetap.

“Kalau boleh kementerian turut memanggil kembali guru GSTT yang sudah bertugas lebih setahun ataupun dua tahun, kerana mereka ini sudah memiliki pengalaman. Jadi kumpulan ini juga perlu dipertimbangkan,” katanya.

Hashim berkata, guru GSTT lepasan ijazah perlu diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.

- BERITA HARIAN

Tuesday, January 18

Nasi Ayam...

Hari ni masak spesial skit kat suami coz pg td sblm nk ke sekolah..dia kata hari ni nk makan nasi ayam...so dpt le tunaikan hajat suamiku yg nk makan nasi ayam..
so leh le kongsi resipi ngan kengkawan..klu nk cuba kena dtg umah le makan kat umah..

Resipi Nasi Ayam

Bahan-Bahan:

3 tin susu beras (ikut bilangan isirumah le)
ayam sebelah
2 bawang merah - dikisar
1 bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
halia besar ibu jari

Cara:

Kisar semua bahan2 td dan masukkan dlm periuk bersama2 dgn ayam dan rebus ayam selama 45 minit. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan..ayam yang dikeluarkan dr periuk td masukkan ke dlm bekas dan tuangkan kicap,sos tiram serta sedikit madu..perap ayam td selama 30 minit sebelum digoreng dgn minyak dlm kuali..

Cara membuat sos cili:
2 biji cili merah
4 biji cabai melaka
1 biji limau nipis diperah airnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
campurkan kesemua bahan dan kisar hingga lumat..


Monday, January 17

ALHAMDULILLAH

12 weeks & 1 day pregnant..About 196 days to go..
hari ni genap 3 bln aku mengandung..syukur sgt2 atas rezeki yang telah dikurnia-Nya..
 Minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Thursday, January 13

Family Terengganu





MY FAMILY

dah lama kata nk letak gambar family kat sini..tp xde masa..so mlm ni berkesempatan upload gmbar my family...

AYAH KESAYANGANKU
MAK n ADIK UNA
ADIK IMAH,AYAH n ADIK UNA

MY FATHER n MY MOTHER..i love you ayah n mak..
KAK CHIK,ADIK UNA,ADIK IMAH n KAK LONG

KAK LONG n NURIN

NURIN,AYAH n ADIK ANIS

Kawan Lama


hari ni kawanku Mas Idayu dtg umah...lama xjumpa ayu...rasa2nya last jumpa masa Tingkatan 4 di SMK Pendang...13 tahun terpisah..akhirnya hari ni dapat juga bersembang2 ngan ayu..Tq ayu coz dtg umah...nama semanis orgnya...masih segak ayu seperti dulu walaupun dah mempunyai 2 org ank..comey ank2 ayu...lupa plak td nk snap gambar ayu n ank2 masa dtg umah td...xpe next time kita plak g jln umah ayu...

Tahun Baru 2011

* smoga tahun baru 2011 akan memberi sinar kebahagian yg berpanjangan, rezeki yg melimpah...umur yg panjang dan kesihatan yg baik serta hidup diberkati....Lindungilah keluargaku Ya Allah....*

Fattah vs Adillah

 "Happy New Year"

Artikel 2: Sekadar Renungan

Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Wednesday, January 12

Artikel 1: Sekadar Renungan


Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya “Mengapa
ibu menangis?”

“Kerana aku seorang
wanita”, kata sang ibu kepadanya.
“Aku tidak mengerti”,
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, “Dan kau tak akan pernah
mengerti”

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, “Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?”

“Semua wanita menangis
tanpa alasan”, hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, “Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?”
Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan “

“Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya “

“Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh “

“Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya “

“Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya “

“Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu”

“Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan.”
Kau tahu;
kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.”

“Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada.”

Kirimkan ini kepada
setiap wanita yang anda kenal hari ini
untuk memperingati Wanita. Jika Anda
lakukan, sesuatu yang baik akan terjadi.
Anda akan menambah harga diri wanita!

Kirimkan msg ini juga
kepada kaum lelaki, supaya mereka sedar
dan ingat akan kecantikan wanita mereka
yang azali.. bukan pada kecantikan
luaran semata-mata. Selamilah hati
wanita mu.. dan ingat lah…
Setiap Wanita itu Cantik.

Tuesday, January 11

FATTAHCLICK|STUDIO

hobi baru suamiku....
korang lihat le sendiri gambar2 yg telah disnap oleh fattahclicks|studio...


Lembu oh Lembu

Santai Di Tepi Pantai

best bila ptg2 dapat bersantai ngan suami di tepi pantai..korang mesti tertanya2 kat pantai mn ni???
utk pengetahuan korang semua,ni le pantai bersih..nama je pantai bersih..tp xbersih mn pun..elok diubah nama pantai ni kepada "Pantai Belangkas"..ptg2 mcmni ramai le pasangan mudi mudi bermanja2 berdua2an di tepi pantai diCelah2 batu...ASTAGFIRULLAH....maksiat di mana2..

Good Morning





Salam semua...dah lma sy tak update blog ni...dah bersawang dah nie...ok..ok...sy update...tapi it will take a second..coz lepas nie tak tahu la lagi bila aku boleh update lagi... sblm ni sibuk ngan sekolah...tp sejak jd suri rumahtangga ni langsung xsmpt nk berblogger..alhamdulillah...tahun baru 2011 memberi sinar baru apabila sy disahkan mengandung...saat dan waktu yg dinanti2kan oleh setiap pasaangan yg berumahtangga..
Alhamdulillah...hari ni genap le 11 minggu 2 hari.About 202 days to go..







Thursday, January 6

JaLaN-JaLaN SiNgApORE...



tima kasih bebanyak kpd my hubby coz sanggup bercuti di Singapore...
mmg best percutian bersama suami tercinta...


Wednesday, January 5

Perkembangan Bayi

Memasuki usia 10 minggu, bayi dalam rahim Ibu mencapai panjang 3 cm. Jangan heran bila kepalanya tampak sangat besar, karena otaknya berkembang lebih cepat dari bagian tubuh lainnya.

Ia bahkan sudah mulai tidur, bangun dan melatih ototnya. Ia sudah bisa menekuk lengan dan, tulang belakangnya tampak transaparan di balik kulitnya. Jari-jari kaki yang mulai terpisah, makin aktif bergerak.