background

Saturday, February 2

Elaun Oh Elaun

sian kat kami...menunggu durian yg xturun2....janji minggu ni nk msk...tp xmsk2 pun..
sian kat kengkawan yg nk byr deposit umah sewa la...mcm2 la USM ni...
elaun lambat msk..tang nk potong tu cpt ja...
konvo bln 9...dah kluar notis nk potong elaun bln mac...
elaun januari n februari msk dulu la....
ni tau nk potong ja....
xpatut arr....

Tuesday, January 29

Lama sungguh x update blog.....isnin ni dah nk start Latihan Mengajar....cepat ja masa berlalu...

persiapan utk LM semua dah settle...

kasut dah beli

beg dah beli...


ni la rupa beg MARIE CLAIRE hadiah dr en.suami utk bw p sek...mmg sesuai sgt2 la utk LM coz mcm2 bleh letak dlm ni...

persiapan semua settle.....tp rasa xseronok nk p LM coz elaun xmsk2 lg....padahal p sek jalan kaki ja...

bkn apa...semangat skit klu elaun dah msk...hehehhhee

Friday, March 23

Lama xupdate blog

Blog diaktifkan kembali...lama n mmg lama xbuka blog ni...skrg ni busy ngan assignment yg bertimbun2..semuanya nk A.S.A.P....tp apapun aku akan buktikan aku mampu siapkan semua tugasan dengan baik..

Thursday, August 25

Syukur ALHAMDUlillah

lama xupdate blog ni...
dah bersawang dah rupanya..

Syukur Alhamdulillah, saya telah di kurniakan seorang putera pada 15 JULAI 2011 yang lalu. Putera kami telah selamat dilahirkan di Hospital Sultan ABDUL HALIM, SG.PETANI,KEDAH... Berat semasa di lahirkan ialah 2.7 kg. Tapi bila dah masuk HARI KE-20 BERATNYA 3kg, genap usia sebulan @ 30 hari berat baby dah mencecah 4 kg.
Nama putera kami ialah Muhammad Faris Arfan bin Abdul FATTAH...YANG ALIM dan Mengetahui...


anak UMMI...SEMoga menjadi anak Yg Soleh...Amin..

Wednesday, July 13

Tanda Tanda Awal Hendak Bersalin

ALHAMDULILLAH..Saya sekarang hamil 37 minggu +++.. Kira anytime lah ni boleh bersalin.. :) Namun saya mengalami sedikit masalah dalam menentukan samada sakit2 yang saya alami sekarang ni adalah petanda yang sebenar untuk bersalin atau hanya isyarat awal sahaja. Dan saya pasti ramai ibu-ibu mengandung di luar sana terutamanya yang 1st time mengalami masalah yang sama dengan saya dalam mengenalpasti tanda2 awal bahawa mereka akan bersalin...

Berdasarkan pembacaan saya dalam banyak forum2 discussion dan juga artikel2 di internet, saya menyenaraikan beberapa petanda yang boleh dijadikan rujukan para ibu2 yang akan bersalin agar sedikit sebanyak dapat menyiapkan diri untuk menghadapi saat kelahiran.

Kontraksi/Contraction

Kontraksi adalah salah satu tanda awal yang menunjukkan bahawa si ibu sudah sampai masanya untuk bersalin. Namun, ramai dikalangan bakal ibu merasa confuse samada kontraksi yang mereka alami itu adalah kontraksi sebenar atau 'false alarm' atau Braxton Hikcs. Untuk lebih pasti samada kontraksi yang dirasakan itu adalah kontraksi sebenar ataupun Braxton Hicks, para ibu dicadangkan perhatikan masa dan tempoh kontraksi itu berlaku. Kontraksi yang sebenar akan berlaku secara konsisten tempohnya dan akan menjadi semakin kerap. Contohnya, pada peringkat permulaan, kontraksi akan berlaku setiap 10 minit sekali dan akan menjadi 7 minit sekali dan hinggalah 5 minit sekali dalam tempoh sejam. Selalunya setiap kali berlakunya kontraksi ini, ia akan berlaku selama 30-40 saat. Sekiranya perkara ini berlaku, segeralah pergi ke hospital dan dapatkan pemeriksaan dengan doktor anda.


Sakit Belakang

Sakit belakang juga adalah salah satu tanda bahawa saat kelahiran sudah semakin hampir. Namun, tanda ini juga boleh menjadi keraguan di kalangan para ibu kerana terdapat sesetengah ibu hamil yang merasa sakit belakang sejak awal kandungan atau bermula ketika perut semakin membesar. Ramai yang mengatakan bahawa sakit belakang saat hendak bersalin adalah seperti sakit ketika hendak period atau datang bulan, tetapi bagaimana pula kalau seseorang itu tidak pernah mengalami sakit pinggang ketika hendak period dulu? Sudah tentu akan menjadi masalah kan? Mengikut apa yang saya baca dalam banyak artikel atau forum2, para ibu yang sudah berpengalaman mengatakan sakit pinggang ni sakit sangat2 sampai rasa nak putus pinggang.. hmm.. tunggu jelah sampai rasa pinggang ni sakit sampai macam nak terputus.. :)


Pecah ketuban

Haaa... yang ni kalau berlaku, paling senang nak tahu bahawa kita dah semakin hampir nak bersalin. Namun, dalam banyak kes, ada yang tidak mengalami pecah air ketuban walaupun sehingga bukaan mereka dah sampai 5/6cm.. ada yang ketuban mereka dipecahkan oleh doktor. So, pada pendapat saya, kalau ada yang dah mengalami sakit perut atau sakit pinggang tapi xde air yang keluar lagi, pegi jelah jumpa doctor.. jangan tunggu sampai air ketuban pecah sebab mana tau memang takkan pecah ke kan..

Keluar Darah

Haaa... yang ni pun kalau berlaku, akan memudahkan bakal ibu untuk mengenalpasti tanda-tanda kelahiran. Selalunya darah akan keluar bersama cecair/lendir yang pekat. Kalau ada tanda ini, segeralah berjumpa dengan doctor. Orang kata kalau tanda keluar darah dulu, akan lebih sakit untuk bersalin berbanding kelaur air ketuban.. betulkah??? hmmm...

Pembukaan pintu rahim

Yang ni, hanya doctor/bidan/nurse je yang boleh check.. mereka akan memasukkan jari ke dalam faraj kita dan dari situ akan ditentukan dah berapa cm bukaan pintu rahim kita.. huhu.. dengar kata sakit sangat masa diseluk ni.. takuttt...

Oklah, kepada bakal-bakal ibu, saya mendoakan semoga semuanya selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat.. insyaAllah...

doakan sy semoga selamat Melahirkan...semoga dipermudahkan...


Taubat Seorang Hamba

sedih je dgr lagu ni....

(Part Hafiz)

Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

(Part Irsyadee)

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

(Part Irsyadee)
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/i/irsyadee/taubat_seorang_hamba.html ]
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

(Part Irsyadee)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

(Part Hafiz)

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...


Monday, July 11

37 weeks

Di saat2 hampir ke penghujung kehamilan ni,mcm2 rasa..takut pun ader,berdebar pun ader,tp yg penting xsabar nk tgk muka baby....mcmana la ye rupa baby ni..ikut muka ummi @ muka abah...apapun..itu semua xpenting,yg penting baby n ummi selamat....

skrg ni masa tgh tido,if tgh tlentang,nak kalih ke kiri pon sakit yg amat smpi terjage dr tido...hanya Allah saja yg tahu...duduk pun xleh lame2..sakit gile kat belakang..kdg2 rase mcm nak nangis pon ade..tp sy kuatkan semangat jugak...

td gi check up kat Klinik Kesihatan Perai,kebetulan plak hari ni xramai org...kejap je...smpi klinik kul 2.45ptg n kul 3.30ptg dah siap semua...so far alhamdulillah...xde apa2 masalah...

TEKANAN DARAH:110/70
UJIAN AIR KENCING:NY
BERAT BADAN:66.6KG (naik 0.5kg 1/52)

nurse bgtau yang baby da turun n kepala baby da masuk laluan..patut la belakang da start sakit..kpala baby da kat pelvis..pelvis da start ngembang…tambah lg dgn pewot yg makin besar n bdn yg membawaknye kecik huhu...apapun..skrg ni kena berjaga2...baby anytime bleh kluar..so kena standby la..

siyesly,makin kuat mkn..sekejap2 lapar..padahal baru je mkn..then pas mkn mst nak buang "hajat"…hmmm..patut la kene isi balik kan..eheheh perut slalu jugak mengeras....kadang2 tu keras sgt2 smpi my hubby kena gosok2 kan pewottt...

skrg ni kat umah duk surf internet mengnai tanda2 nak bersalin..ini yg sy dpt :

Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. (dah ade dah)
kerap membuang air kecil -ini kerana bayi menekan pundi kencing (dah ade dah)
sakit perut, memulas (dah ade dah)
kerap buang air besar (dah ade dah)

Keluar Lendir Pekat/Berdarah (Belom ada lgi)
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim

Rahim Mula Menipis. (belom tau lg)
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang (dah ade)
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban (belom lg)
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Hari2 duk ckp dgn baby “bile nk kuar ni" ummi n abah dah xsabar nk jumpa ngan baby...…semoga kami anak beranak selamat..aminnn..tima kasih doa dr kwn2 semua...


Doa & Zikir Mudah Bersalin

1. Baca Bismillah

2. Surah Al-Fatihah (7 kali).

3. Ya Khafid (1000 kali)

Al-Khafid (Yang Maha Menjatuhkan). Jika diamalkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya

4. “LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya’)

5. Rabbi yassir, wala tu assir, ya kariim, wa atmim bil khair.
Maksudnya: "Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan, wahai Allah Yang Maha Pemurah, dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya".

Thursday, July 7

Counting days!....Cant wait:)

Baca pengalaman kawan2 blog yang dah bersalin around 37weeks buat saya rasa saya ni macam xlambat je lagi nak bersalin...tp saya tak ada pon tanda2 nak bersalin lgi.

Mungkin baby nak duduk lama lagi..@baby seronok kat dlm pewot ummi...duduklah elok2..jangan tendang sampai sakit rusuk ummi ye syg....

so skrg ni kena siap sedia..anytime baby leh kluar...smlm pun 6/7/2011 mmbr sorang...SALBIAH...dah slmt melahirkan baby pd usia kandungannnya 37weeks 4 hari...

baru ni dah g jumpa maknjang @ bidan kg...dia betulkan kedudukan baby....katanya kepala baby dah kat bawah...alhamdulillah...so far so good...

Kedudukan baby dalam pewot ummi...