background

Tuesday, June 28

35 minggu kandunganku

sudah 35 minggu 2 hari usia kehamilan...apa yang saya rasa setakat ini???? :-

<3 bila malam terasa panas sgt2..panas dan berpeluh...dah mandi malam pun berpeluh je lagi..kipas on dah laju dah..~ sampai kadang2 tidur pun tak nak pakai baju...jangan pikir lebih2 ye..selimut rasa tidak diperlukan..kaki memang tak bertutup la.sebab panas..hehe..

<3 perut terasa makin tegang..masa tido nk mengiring n alih arah tido pun rasa susah.. <3 terasa sakit di bahagain bawah pelvik.~ macam bila bangun berjalan rasa cam sengal2 aje kt pundi kencing..tapi belum rasa ringan lagi perut..orang kata if terasa ringan mean baby dah memang dalam laluan..sy masih belum 9 bulan kot..so belum terasa ringan lagi perut tu..

<3 pernafasan sedikit terganggu..nak bernafas rasa sukar skit terutama time mlm...nk tido aje pasti cari Vicks sapu dulu kat hidung...

<3 kaki memang dah kembang.sandle tak muat..tapi pakai je..nak beli len nnt lepas beranak kecut kaki ni..tak best plak pakai sandle besar2..hubby kata lps brsalin la beli kasut baru...

ini semua pengalaman saya...sebab masing2 ada pengalaman mengandung tersendiri kan..tak sama setiap individu.


Tanda2 Hampir Bersalin

Bayi Turun Ke Bawah

Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
sakit perut, memulas
kerap buang air besar
kerap terkentut

Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.